Sumber sejarah Perang_Badar

Kebanyakan maklumat tentang Perang Badar datang sama ada kisah tradisional Islam, al-Qur'an atau Hadis. Dalam alam bahasa Inggeris, tidak diketahui sama ada terdapat rekod bertulis selain daripada kisah tradisional Islam kerana pada masa itu di Hijaz, bahasa Arab merupakan bahasa lisan dan kebanyakan rekod dalam bentuk perceritaan lisan.

Badar dalam Al-Qur'an

Perang Badar adalah salah satu peperangan dengan jelas ditunjukkan dalam Qur'an. Ia dihuraikan dalam Surah Al-i-'Imran (3:123), sebagai sebahagian daripada perbandingan dengan Perang Uhud.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”[al-Quran 3:123-125 (Basmeih)]

Di Badar, tentera Islam menunjukkan disiplin tinggi, semetara di Uhud, mereka meninggalkan barisan dan mengejar pasukan Quraisy dang dengan itu membenarkan pasukan berkuda Makkah bergerak melalui rusuk dan hampir mengalahkan mereka.

Perang Badar juga digunakan sebagai satu Tanda pertolongan dan Pengajaran Allah SWT dalam Surah yang sama:

“Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).”[al-Quran 3:13 (Basmeih)]

Badar juga menjadi tajuk Surah Al-Anfal, yang memperincikan pelaksaan serta kelakuan dalam peperangan. 'Al-Anfal' bermaksud harta rampasan perang dan merujuk kepada perbincangan orang Islam pasca-pertempuran tentang bagaimana mahu membahagikan harta rampasan perang. Mahupun Surah Al-Anfal tidak menamakan Badar, ia memerikan beberapa pertempuran dalamnya dan beberapa Ayatnya dari atau diWahyukan sejurus selepas Perang.[37]

Hukuman bunuh

Selepas pertempuran Nabi Muhammad menerima Perintah bagaimana membahagikan harta rampasan perang, dan mengikut penulis Sirah, Saifur Rahman al Mubarakpuri, satu Ayat juga memerintahkan hukuman bunuh ke atas Nadr bin Harith, pembawa panji-panji Quraisy dalam Perang Badar. Dilaporakan Nadr bin Harith menjalani hukuman bunuh di tangan Sayidina Ali.[38] Buku yang sama juga menyatakan Uqba bin Abu Muayt juga dihukum bunuh dan dia dipancung oleh Asim Bin Thabit Ansari (beberapa sumber menyatakan hukuman dilaksanakan Sayidina Ali).[39]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Badar http://www.ezsoftech.com/islamic/badr.asp http://www.islamfrominside.com/Pages/Tafsir/Tafsir... http://local.live.com/default.aspx?v=2&ss=badr,%20... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...